Makanan Yang Berisiko Kepada Bayi Yang Anda Kene Ambil Peduli

Semakin membesar anak anda, pasti semakin teruja anda menyediakan pelbagai pilihan makanan. Tidak sabar hendak membenarkan bayi comel turut menyertai makan sekeluarga di meja makan. Tetapi awas, biarpun bayi anda semakin membesar, bukan semua jenis makanan dia boleh makan.

Jika selama ini anda puas membiasakan bayi dengan makanan pejal dan nampaknya dia tiada masalah mencuba pelbagai rasa yang berbeza namun masih ada beberapa jenis makanan yang dia tidak boleh ambil sebelum menyambut ulang tahun pertamanya.

 

  • Sesetengah jenis makanan laut mungkin mengandungi merkuri (raksa) yang boleh menjejaskan sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Makanan laut seperti kerang-kerangan mentah juga boleh mengakibatkan risiko keracunan makanan.
  • Telur mentah atau kurang masak. Pastikan telur yang diberi kepada bayi anda dimasak sempurna sehingga bahagian putih dan kuningnya keras.
  • Makanan rendah lemak, rendah kalori dan berserat tinggi juga tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan makanan yang tinggi kandungan tenaganya.
  • Kekacang. Jangan beri bayi makan kacang sehinggalah usianya mencapai lima tahun kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik.
  • Garam. Jangan tambah garam dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi masih belum mampu memprosesnya. Elakkan memberi bayi makanan yang masin, periksa label pada bungkusan makanan yang dibeli.
  • Gula. Makanan dan minuman manis tidak elok untuk pertumbuhan gigi bayi dan boleh menggalakkan bayi menggemari makanan manis. Elakkan memberi bayi makanan manis seperti puding, aiskrim, biskut atau gula-gula sehingga dia berusia dua tahun ke atas.
Tags:
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *