Tambah Susu Semasa Berpantang dengan 16 Sayur & Herba Ini

Ramai ibu mengelakkan menu sayur kerana bimbang akan bentan! Memanglah perlu elak sayur, tapi yang bersifat sejuk dan berangin sahaja. Air pun sampai bersukat, ini cara pantang yang tidak sihat untuk diamalkan. Jangan lupa anda juga perlukan zat dan nutrien daripada sayur-sayuran untuk pemulihan diri dan dalaman dan tambah susu ibu yang berkualiti!

SAYUR-SAYURAN PENAMBAH SUSU

Sayur-sayuran menjalar, sejuk dan berangin memang tidak disarankan kerana boleh menyebabkan bentan. Tapi ada banyak lagi sayur-sayuran lain yang boleh dimakan. Bolehlah tukar-tukar menu sayur kalau jemu! Antara sayur-sayuran yang boleh dimakan semasa berpantang dan menambah susu ialah seperti berikut;

  • Pegaga
  • Sawi
  • Brokoli
  • Daun cekur dan cekur manis
  • Ulam raja
  • Halia
  • Daun lemuni
  • Lobak putih

HERBA PENAMBAH SUSU

Herba juga boleh dimakan dan menggalakkan penghasilan susu ibu. Ambil dalam kuantiti sederhana, berpada-pada untuk mengelakkan cirit-birit pada ibu dan bayi. Jika tidak mampu makan mentah, bolehlah masukkan dalam masakan!

  • Habbatus sauda
  • Halba
  • Jintan putih dan jintan manis
  • Bunga lawang
  • Pelaga
  • Cengkih
  • Bunga lawang
  • Lada putih dan hitam

Semoga artikel ini dapat membantu anda menambahkan susu badan. InshaAllah….

Tags:
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *