Menyusukan Bayi

Sakit Pinggang Ketika Menyusukan Bayi? Baca ini. Mungkin Anda Silap Posisi

Walaupun nampak macam remeh sahaja, namun kedudukan posisi ketika menyusukan bayi yang tidak betul boleh menyebabkan bayi tidak selesa, menyukarkan pelekapan dan lama-kelamaan boleh menggagalkan penyusuan ibu.

Jadi, ramai ibu tidak mahu menyusu kerana menyangka kalsium dalam badan mereka berkurang akibat menyusukan bayi. Memang benar, perubahan hormon semasa menyusu menjadikan kalsium salah satu mineral yang mudah luput daripada badan ibu. Namun, sebelum sakit belakang sebab kekurangan kalsium, yang pastinya ibu terlebih dahulu sakit belakang kerana posisi yang salah.

Ibu perlu selesa semasa menyusukan bayi

  • Yang pertama, sebelum memulakan penyusuan, pastikan ibu duduk dalam keadaan selesa. Selesa di sini maksudnya relaks dan tiada ketegangan di mana-mana otot. Ibu disarankan sama ada bersandar di kerusi atau di katil. Ibu juga boleh menyusu sambil berbaring, berdiri atau berjalan.
  • Jika ibu duduk, kaki boleh diampu agar tidak tergantung.
  • Pegang payudara dengan keempat-empat jari di bawah dan ibu jari dibahagian atas jauh sedikit daripada areola. Cara pegangan ini dipanggil pegangan ā€˜Cā€™. Elakkan menekan payudara atau areola kerana akan menutup saluran-saluran susu.

Posisi bayi yang selesa semasa menyusu.

  • Bayi diampu dengan baik dengan kepala diletak atas lengan ibu, sementara lengan satu lagi mengampu punggung bayi.
  • Kepala, badan dan kaki bayi adalah dalam garisan lurus.
  • Bayi dipegang rapat dengan badan ibu. Tarik bayi ke arah payudara, bukan ibu yang membongkok ke arah bayi.
  • Muka bayi menghadap payudara ibu dan hidung bayi setentang dengan payudara ibu.
  • Pastikan perut ibu bertemu dengan perut bayi.
  • Jika perlu, gunakan bantal untuk melapik bayi supaya ibu dan bayi selesa.

Kesilapan yang biasa dilakukan ibu menyusu

  • Ibu sering membongkok untuk menyuakan puting kepada bayi. Sepatutnya tarik bayi ke dada ibu.
  • Bayi diletakkan dalam keadaan terlentang dan dia terpaksa memusingkan leher untuk menghisap susu dan keadaan ini sangat tidak selesa untuk bayi.
  • Semoga ibu-ibu dapat membetulkan posisi ketika menyusu dan tidak berhenti awal kerana sakit pinggang akibat kesilapan ibu sendiri. Jika ada kemusykilan, sila bertanya kepada jururawat atau doktor di klinik. Mesti sentiasa bersedia untuk membantu ibu.
Tags:
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *