Resipi Bubur Untuk Anak Anda! Anak Pasti Selera.

Mesti ibu-ibu pening apa yang makanan yang nak beri anak kita makan kan? Apa kata ibu semua cuba resipi bubur enak ini. Jika anda terlalu sibuk, apa kata hujung minggu ini cuba luangkan masa untuk cuba resipi ini. Buat dengan kasih sayang… betul tak…

Ok… untuk resipi bubur anak ini anda boleh baca bahan-bahan dibawah dan juga cara membuatnya… sebenarnya mudah jer…

Bahan-bahan:

  • ½ cawan beras (dibersihkan dan ditoskan)
  • Air secukupnya untuk membuat bubur
  • 200ml santan pekat
  • 200gm udang
  • 200gm daging kisar
  • 2sm halia (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu makan udang kering (dibersihkan dan ditumbuk)
  • Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, udang kering dan kiub ayam sehingga baik bau.
  2. Masukkan air dan santan. Kacau rata dan biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan pula beras dan biarkan selama 10 minit.
  4. Selepas itu, masukkan daging kisar dan udang. Kacau rata kesemua bahan.
  5. Setelah bubur hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
  6. Hidangkan dengan daun sup dan bawang goreng (jika suka).

Jika ada resipi lain yang ibu-ibu hendak saya siarkan… boleh komen dibawah. Saya cuba penuhi permintaan anda.

Tags:
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *