Anak Lambat Merangkak. Tip Ini Boleh Membantu Anak Cepat Merangkak.

Anda mengalami masalah anak lambat merangkak? Sebenarnya kemampuan bayi ni untuk merangkak biasanya start umur dalam 6 bulan hingga 10 bulan. Merangkak ini adalah hendak bermulanya fasa-fasa untuk berjalan pula. Proses merangkak ni juga dapat kuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk angkat beban dirinya juga. Tetapi setiap bayi perkembangannya berbeza juga. Ada juga yang tidak merangkak tapi terus berjalan. Jadi ibu janganlah bimbang ya…

Cara merangkak pun ada juga beza. Ada yang gunakan tangan dan kaki untuk merangkak. Ada yang merangkak secara bergeser dengan perut dan ada juga merangkak menggunakan punggung dan kaki. Tetapi jika anak anda tidak dapat merangkak pula mungkin ada faktor menyebabkannya. Berikut adalah punca anak lambat merangkak :-

  • Bayi anda mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
  • Kekurangan nutrisi
  • Kurang simulasi merangkak
  • Gangguan keseimbangan

Tip merangsang anak merangkak:

  1. Sering meniarapkan bayi sejak awal merupakan rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
  2. Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
  3. Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
  4. Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
    Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
  5. Ada kalanya simulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.

 

Nota : – Jangan lupa ambil gambar anak anda yang sedang membesar. Nanti anda akan tersenyum melihat gambar ini dan akan rasa bertapa cepatnya mereka membesar.

Tags:
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *