Checklist Barangan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital

Checklist Barangan Untuk Dibawa Ke Hospital Untuk Bersalin. Jangan Panik.

Seperti biasa pasti ibu diluar sana tarikh bersalinnya makin hampir rasa risau jika ada barang-barang yang tertinggal. Anda perlu sediakan bag bersalin seelok-eloknya dua bulan sebelum anda bersalin dan jangan ambil mudah perkara ini. Menyiapkan awal keperluan untuk dibawa ke hospital sangat penting agar nanti anda tidak akan kelam kabut dan juga memberikan ketenangan kepada anda nanti. Jom semak checklist barangan untuk dibawah ke hospital dibawah :-

Senarai Barangan Ibu

  1. Buku rekod kehamilan
  2. Kad pengenalan diri
  3. Telefon dan alat pengecas
  4. Baju berbutang depan (untuk memudahkan penyusuan)
  5. Kain batik
  6. Sepersalinan baju untuk dipakai selepas keluar dari hospital.
  7. Kain tudung
  8. Seluar dalam pakai buang
  9. Baju sejuk
  10. Stoking
  11. Coli menyusu
  12. Pam payu dara dan botol penyimpanan susu ibu
  13. Pad payudara pakai buang
  14. Krim pelembap puting payudara (untuk mengelakkan putih merekah)
  15. Tuala wanita materniti
  16. Tuala mandi dan tuala muka
  17. Selipar
  18. Minyak angin
  19. Snek seperti kurma, biskut dan air zam zam.
  20. Sikat rambut, getah rambut, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan sabun mandi.
  21. Beg plastik untuk pakaian kotor
  22. Beg atau bekas untuk meletakkan uri.
  23. Kaca mata dan bekas menyimpannya (jika anda memakai kaca mata atau kanta lekap).
  24. Bahan bacaan atau barangan yang boleh membuatkan mama selesa seperti kusyen kecil atau tasbih untuk berzikir.

Senarai Barangan Bapa

  1. Baju
  2. Seluar
  3. Pakaian dalam
  4. Kamera (Untuk rakam saat-saat indah)
  5. Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan sabun mandi.
  6. Selipar
  7. Baju sejuk

Senarai Barangan Bayi

  1. Lampin pakai buang
  2. Baju
  3. Topi, sarung tangan dan kaki
  4. Barut
  5. Kain bedung
  6. Baby wipes
  7. Tuala kecil
  8. Tuala mandi
  9. Bantal kepala
  10. Minyak telon
  11. Kapas
  12. Baby carrier
  13. Selimut

Saya doakan anda selamat bersalin dan dipermudahkan. Sila komen jika anda ingin dapatkan set pakej barangan diatas dengan diskaun menarik atau terus hubungi saya di talian 019-2649462 (Kak G) atau terus ke butik Kak G di Melaka. Kak G beri special price ya!

Tags:
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *