Shaklee CoQ Trol Plus Membantu Tingkatkan Tenaga

Shaklee telah melancarkan produk baru iaitu COQ TROL PLUS pada 1 Jan 2018.  Masa mula mula keluarkan tu memang dah tak sabar nak cuba, bila baca kandungan pelbagai kebaikkan yang terdapat dalam CoQ Trol Plus.

Nak tau nama lama kepada CoQ-Trol Plus ni adalah CoQ-Health plus. Produk ni berhenti sekejap pengeluaran dia beberapa tahun yang lepas untuk mereka lakukan upgrade terhadap kandungan produk ni. Ramai pesakit jantung akan gembira dengan kehadiran CoQ Trol Plus.

Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita berkenalan dulu dengan kandungan utama dalam Coq Trol Plus ni iaitu COQ10.

APA ITU COQ10?

  •  CoQ-10 ni adalah satu nutrien atau zat makanan larut lemak yang memang semulajadi dah ada dalam semua bahagian tubuh kita.
  •  CoQ-10 ni di jumpai banyak dalam mitokondria- penjana tenaga untuk sel
  • CoQ-10 ni jugak merupakan antioksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisma tenaga.

Untuk lebih jelas, perumpamaan dia macam ni :

CoQ-10 ni ibarat spark plug/pencucuh api di dalam enjin kereta atau motor untuk bakar minyak petrol supaya kereta/motor boleh bergerak. Kalau tak ada spark plug ni, kereta/motor takkan hidup dan bergerak kan?

Sama jugak COQ10, dia ni bertindak sebagai co-enzyme dalam menukar zat dari makanan kepada tenaga badan kita. Boleh di katakan Coq10 ni adalah pekerja kepada kilang (mitokondria) tu.

Kehadiran CoQ10 ni memang sangat penting sebab kalau takde co-enzyme ni, enzyme-enzyme dalam badan kita tak boleh bekerja dengan baik.

Mesti ramai tertanya kenape nama dia COQ10 kan? takde nama lain ke yang lebih best?

Co kat depan tu bermaksud Co-Enzyme yang penting dalam fungsi enzyme yang besar dan kompleks. Boleh dikatakan pembantu kepada enzyme

Q tu bermaksud Quinone – sejenis organic compound.

10 kat belakang tu bahan kimia isoprenyl yang ada dekat ekor ikatan kimia dia tu.

COQ-10 ni memang ada kat seluruh tubuh kita, tapi lebih banyak dekat organ yang banyak buat kerja iaitu jantung, hati, paru-paru dan buah pinggang.

  • Jantung – paling banyak buat kerja untuk pam darah ke seluruh badan kita
  • Hati – menghasilkan darah dan menapis darah
  • Paru-paru – membekalkan oksigen kepada darah
  • Buah pinggang – menapis darah kita untuk perkumuhan

COQ-10 jugak bertindak sebagai antioksidan semulajadi yang berfungsi melindungi sel badan kita daripada serangan radikal bebas

Jadi, COQ10 ni memang sangat-sangat di perlukan oleh tubuh kita

 

SIAPA TAK SESUAI AMBIL COQ10-TROL PLUS?

Kalau ikutkan COQ-10 Trol ni ada sifat high antioksida jadi, untuk preggy and breastfeed mom tidak di galakkan ambik sebab Shaklee takde kajian terhadap preggy mom and bf mom. Kalau nak ambil better refer pada doktor dahulu.

BERAPA JUMLAH COQ-10 YANG TUBUH KITA PERLUKAN?

Badan kita memerlukan dari 30 sehingga 100mg COQ10 setiap hari untuk support kehidupan kita seharian.

Tapi bergantung pada gaya hidup jugak. Kalau aktif, banyak lah COQ10 di perlukan, kalau duduk saje2 je, keperluan COQ10 ni tak tinggi.

Sumber CoQ10 dari makanan

 

Kalau tak mampu nak makan semua ni, bolehlah consume COQ10. Badan manusia memang mampu hasilkan COQ10 sendiri , tapi bermula dari umur 20 tahun, penghasilan COQ10 dah mula menurun.

Bila mencapai umur 40 tahun, COQ10 ni dah menurun sehingga 68.2% je kat jantung. Dan semakin menurun sehinggalah mencapai umur 80 tahun.

Kepentingan CoQ10 kepada tubuh badan

 

MANFAAT COQ10 UNTUK TUBUH BADAN MANUSIA

1. Kekal bertenaga/energy booster

COQ10 ni berfungsi untuk menghasilkan tenaga, secara tidak langsung ia akan menyokong gaya hidup yang aktif.

Badan kita pun akan sentiasa bertenaga sepanjang hari di samping meningkatkan kekuatan otot.

Dan COQ10 jugak akan mempercepatkan proses pemulihan luka sebab penghasilan sel baru memerlukan tenaga yang banyak.

Untuk kesan tenaga yang lebih baik, kita di syorkan untuk ambik padanan duo iaitu Poliphenol dan juga COQ10.

Dalam COQTrol plus ni memang dah ada Resveratrol iaitu sejenis poliphenol yang bertindak untuk menambah bilangan mitokondria.

 

2. Memelihara kesihatan jantung

Kat atas saya ada sebut pasal organ-organ yang ada banyak COQ10 kan, yang paling tinggi sekali adalah jantung.

Kalau orang tu ada lemah jantung, perderan darah ke seluruh tubuh pun akan ada masalah. So oksigen pun susah untuk sampai ke seluruh badan.

Dekat malaysia ni penyakit yang paling banyak membunuh adalah penyakit jantung iaitu sebanyak 36%.

Kebiasaannya untuk orang yang ada masalah jantung doktor akan berikan sejenis ubat , fungsi dia untuk mengurangkan kolestrol.

Walaupun ubat ni bagus utk turunkan kolestrol tapi tak bagus untuk tubuh badan kita dlm jangka masa panjang.

Ubat ni ada side effect dia iaitu menurunkan penghasilan COQ10 dalam badan kita.

Jadi, dengan pengambilan COq10 ni, ia akan :

  • Menguatkan otot jantung
  • Peredaran darah yang lebih sihat
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Memberikan tahap tenaga yang semakin baik

3. Bagus untuk meningkatkan tahap kesuburan suami dan isteri

COQ10  ni memang sesuai untuk KESUBURAN lelaki dan wanita.

Kesihatan sperma memang sangat penting untuk memastikan kesuburan tu meningkat

Dengan sifat antioksida dalam COQ10 ni, ia akan melindungi sperma daripada kerosakan akibat dari radikal bebas dan tingkatkan jumlah sperma yang sihat dan aktif bergerak.

Bilangan mitokondria paling tinggi kat bahagian leher sperma. Dan kita kena tahu bukan semua sperma boleh berenang dengan baik. Jadi, COQ10 ni akan bekalkan tenaga dekat sperma ni untuk menjadikan sperma lebih aktif bekerja secara tidak langsung suami pun akan lebih subur.

Ada kajian dah di buat tau terhadap 220 orang lelaki. Mereka diberikan COQ-10.Dan hasilnya adalah jumlah dan pergerakan sperma meningkat sebanyak 81% dalam tempoh 6 bulan.

Untuk wanita pulak, Ovum merupakan sel yang terbesar dalam badan dan mempunyai bilangan mitokondira 200,000 iaitu bilangan paling banyak berbanding sel lain

COQ10 ni akan tingkatkan tahap tenaga ovum tu masa proses ovulasi (waktu subur) dan jugak memberikan kualiti ovum yang lebih baik dalam pembahagian sel (masa berlaku persenyawaan)

Secara kesuluruhannya, untuk kesuburan COQ10 ni bagi manfaat:

  • Meningkatkan pergerakan sperma
  • Meningkatkan kuantiti sperma
  • baiki kualiti ovum
  • Peluang tinggi untuk berlaku persenyawaan

4. Bagus untuk kecantikan kulit

Yang seterusnya ni memang penting untuk wanita iaitu untuk kulit berseri dan cantik.

Kita biasa dengar kan sebelum ni yang kulit kita mudah terdedah kepada sinaran UV, bahan kimia dari produk kosmetik, dan jugak pencemaran udara

So, semua tu boleh akibatkan permukaan kulit kita rosak sehingga menyebabkan kulit kusam dan kulit kering

Sinaran UV jugak boleh menyebabkan radikal bebas meningkat dalam badan kita

COQ10 pulak banyak terdapat dekat permukaan kulit kita iaitu lapisan epidermis

Fungsi COQ10 untuk kulit adalah :

  • Bertindak sebagai pelindung UV kulit
  • Beri tenaga untuk baiki sel yang rosak
  • Bertindak sebagai inner sunscree
  • Baiki potensi antioksidan kulit

terus sentiasa muda berseri

Jadi, dengan penggunaan COQtrol plus ni, anda akan dapat

  • Kulit lebih tegang dan kurang kedutan
  • Kulit lebih halus
  • Mengekalkan keanjalan kulit
  • Kulit kelihatan lebih muda dan sihat

5. Bagus untuk kesihatan otak

Untuk seterusnya pulak, COQ10 ni bagi tenaga dekat otak kita.

  • Menyokong fungsi otak
  • Menyokong daya perhatian dan fungsi sel otak
  • Bertindak sebagai antioksidan pelindung neuro
  • Mengurangkan plak amyloid

Bila usia meningkat, tahap COQ10 makin berkurang kan, jadi bila COQ10 ni berkurang, plak amyloid ni akan bertambah. Plak amyloid ni boleh sebabkan berlakunya penyakit penuaan macam alzheimer (nyanyuk)

Plak amyloid di otak

Dengan pengambilan COQ10 ni bagi manfaat kepada minda warga tua seperti:

  • lebih fokus
  • kurangkan risiko berkaitan penuaan
  • tingkatkan daya ingatan
  • tingkatkan keupayaan belajar

Okay, semua di atas ni adalah tentang COQ10 sahaja tau.

Now kita masuk pada produk baru Shaklee iaitu COQ-TROL PLUS.

Macam saya sebut kat atas tadi, badan kita perlukan 30 hinggan 100mg sehari COQ10 kan, tapi, cukup ke kalau kita ambik dari makan je?

Sedangkan badan kita sendiri pun penghasilan COQ10 makin menurun ikut umur.

Dari makanan pulak, berapa banyak khasiat COQ10 ni kita akan dapat?

Kita pun tahu kan sekarang makanan banyak yang di ubah suai tak kira GMO ke, penggunaan racun ke semua semua lah.

Kandungan COQ10 ni memang akan jadi rendah

Jadi, apa yang Shaklee dah buat dekat produk baru upgrade diorang ni?

Nama penuh produk baru ni adalah

COQ-TROL PLUS

COQ-TROL PLUS

COQ-TROL PLUS merupakan formulasi baru yang lebih baik dengan campuran 100mg COQ10, Resveratrol dan juga Tokoferol

Antara keistimewaan COQ-TROL plus ni :

  • kandungan COQ10 yang lebih tinggi iaitu 100mg
  • ada resveratrol sebagai ejen antiradang untuk kurangkan masalah keradangan
  • ada tokoferol sebagai antioksida
  • ada minyak zaitun untuk penyerapan yang lebih baik
  • bebas gluten

Siapa yang perlukan COQ-TROL plus ni?

  • mereka yang inginkan jantung yang sihat
  • pengguna ubat statin
  • mereka yang ingin tingkatkan kesuburan
  • mereka yang inginkan cahaya mata
  • mereka yang amalkan gaya hidup yang sihat
  • mereka yang inginkan kulit sihat dan berseri
  • mereka yang ingin kekalkan ketajaman minda
  • untuk semua orang (kecuali preggy and bf mom)
Perbezaan CoQ Trol Plus Shaklee dengan produk jenama lain

 

Untuk kesan yang lebih baik, lebih baik untuk kita ambil dengan supplemen lain contohnya

COQTROL + OMEGA GUARD = untuk jantung
COQTROL + VIVIX = awet muda
COQTROL + ESP = untuk kecergasan

Tanda yang paling BESAR DAN PALING BAHAYA bagi orang yg kekurangan COQ10 ni adalah:

✅ Tekanan darah tinggi yang melampau
✅ Keletihan melampau
✅ Mudah lupa
✅ Keradangan

 

CoQ-Trol Plus

 (30 kapsul / 30 sajian)

Saranan Penggunaan:
Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 kapsul sekali sehari dengan makanan.

Berapa harga sebotol CoQ Trol Plus?

Harga sebotol CoQ Trol Plus adalah RM 157.68 (termasuk GST).

Pembelian secara ONLINE klik BELI SEKARANG di bawah


 

 

Ingin mendapatkan barangan Shaklee dengan harga potongan sehingga 20%?? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya Rm80.00 (termasuk cas penghantaran) seumur hidup. Dengan mendaftar sebagai ahli anda juga layak untuk menikmati keistimewaan lain.

Untuk info lanjut atau pesanan

 

SMS / WHATSAPP : +60192649362

Your Trusted Shaklee Distributor

Pengedar Shaklee Melaka

 

Tags:
0 shares
No Previous Post
Next Post

8 Sebab Kenapa Perlu Percaya Kepada Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *