Walaupun Mengandung Anda Masih Boleh Kekal Aktif Dan Bertenaga

Anda hamil? Tahniah!!

“Bukannya malas, tapi letih…”

Biasa tak dengar dialog di atas tu? Bagi orang yang pernah hamil, fasa kehamilan sangat memenatkan tambah-tambah lagi pada awal trimester, ada yang dapat mabuk dan alahan teruk. Bila perut kian kedepan, mulalah sakit belakang, tidur pun tidak selesa, bengkak sana sini.

JANGAN RISAU. Saya akan cuba kongsikan bagaimana nak kekal aktif dan bertenaga walaupun sarat mengandung.

1. PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Makanan yang seimbang sangat penting bagi yang sedang mengandung sebab ada satu manusia kecil di dalam badan anda. Apa yang anda makan, itulah bayi yang dikandung akan dapat. Jadi sangat penting untuk kita titik beratkan soal pemakanan. Lagipun, waktu mengandung macam-macam penyakit boleh dapat contoh ;  darah tinggi, kencing manis, kurang darah merah.

Makan makanan yang sihat dan seimbang. Tengok dalam pinggan kita ada apa. Ada sayur? Ikan? Buah? Nasi? Bagi karbohidrat, ingat, mesti 1/3 dari hidangan anda. Bukan nasi menutupi seluruh permukaan pinggan. Tak nak macam tu.

Ikan sangat bagus untuk ibu mengandung sebab ikan penuh dengan omega 3, vitamin D dan mineral, kenapa nak ambik omega 3? Menurut kajian, omega 3 ada EPA dan DHA yang beri kesan positif pada perkembangan visual dan kognitif kanak-kanak, ia juga mengurangkan risiko alahan bila anak lahir nanti. Tak suka makan ikan? Anda boleh makan supplemen omega 3.

2. AMBIL SUPPLEMEN YANG LENGKAP

Nak saya tekankan di sini, ibu-ibu memang kena ambil supplemen. Paling penting supplemen yang doktor bagi, supplemen selain dari itu anda boleh berbincang dengan doktor anda.

Supplemen folik asid sangat penting untuk pertumbuhan tulang belakang bayi, ia boleh mengurangkan risiko penyakit Spina Bifida.

Vitamin D juga penting. Kenapa? Vitamin D mengawal selia kerja-kerja kalsium dan fosfate yang  diperlukan dalam penghasilan tulang. Kalau tak cukup vitamin D, bayi anda berkemungkinan akan dapat penyakit seperti tulang senang patah, pertumbuhan tulang yang tidak bagus dan juga Rickets.

3. BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL

Hamil bukan alasan nak baring-baring je. Kalau anda rasa letih nak bersenam, anda boleh sekadar jalan-jalan makan angin di taman sambil hidup udara segar. TAHU TAK, berjalan atau bersenam boleh menyebabkan badan merembeskan hormon endorphin. Apa tu endorphin? Ni la hormon gembira. Endorphin boleh naikkan mood kita, rasa happy, takdelah nak berangin memanjang.

 

Banyak berjalan juga sangat membantu dalam proses kelahiran nanti, mesti pernah dengar nurse selalu suruh jalan banyak-banyak masa di hospital kan?

4. REHAT & TIDUR SECUKUPNYA

Saya faham, bila trimester ke 3 tu, macam-macam rasa ada, sakit belakang, nak tidur susah, pusing sana sini atas katil. Meh saya bagi tips nak tidur nyenyak, boleh la cuba :

  • Posisi yang selesa

Guna bantal peluk dan susun beberapa biji bantal untuk menampung bahagian belakang anda sewaktu dalam posisi mengiring. Banyak pakar syorkan posisi ini untuk keselesaan maksima ketika hamil. Ataupun anda boleh beli bantal kehamilan.

  • Kaki kejang masa tidur?

Rendamkan kaki pada air hangat sebelum tidur boleh membantu otot kaki berehat. Pada waktu siang, lakukan senaman regangan ketika duduk di atas kerusi di tempat kerja, sambil menonton televisyen, dan hindarkan daripada duduk bersila terlalu lama.

5. ROHANI

Selalu membiasakan diri semasa mengandung dekat dengan Al Quran. Banyakkan berdoa supaya diberi kekuatan semasa mengandung dan semasa melahirkan. InsyaAllah.

Ada tips lain lagi tak? Share la dengan saya dekat ruangan comment. Nak juga baca tips orang lain

——————————————————————————————————————-

Set Hamil Shaklee

Untuk set hamil Shaklee, ada 5 jenis vitamin wajib yang harus diamalkan oleh ibu mengandung setiap hari..
  1. Vita-C
  2. B-complex
  3. Vitalea
  4. Omega Guard
  5. Ostematrix

1) Sustained Release Vita-C Plus

Ibu dan kandungan keduanya memerlukan Vitamin C setiap hari kerana ia penting untuk badan membuat kollagen yang diperlukan dalam tumbesaran tulang rawan, tulang, tendon dan juga kulit. Berdasarkan satu kajian terhadap haiwan, kekurangan vitamin c menyebabkan rangsangan IQ bayi tidak terlalu baik.
Vitamin C juga diperlukan untuk proses pembaikbulihkan tisu, menyembuhkan luka, dan melawan infeksi pada badan kerana sifat aktioksida nya.
Vitamin C juga boleh membantu badan untuk menyerap iron yang diperlukan dalam penghasilan sel darah merah. Bonusnya, si ibu maintain cerah berseri semasa mengandung.

2) B-Complex

B vitamin ada 8 jenis yang mana kita panggil mereka sebagai B complex. Kelapan beradik ni sangat penting menolong badan menukarkan makanan kepada tenaga, di samping membantu pengahsilan sel darah merah. Patut la kan orang yang makan B complex ni selalu gagah perkasa.
Apa kebaikannya untuk bayi? Bila penghasilan tenaga yang cukup, bayi dalam kandungan juga sihat.
Thiamine B1 penting untuk perkembnagan otak dalam kandungan dan jugak sistem saraf. Niacin atau B3 penting dalam proses perjalanan (circulation) darah. Kalau B6 ataupon pyridoxine juga penting dalam perkembangan otak dan bonusnya B6 boleh tolong kurangkan alahan semasa mengandung. Yey!
Dan last sekali B9 atau folik asid memang ibu-ibu tahu benar ni, ia mengurangkan risiko spina bifida.

3) Multivitamin Vitalea

Vita-Lea adalah multivitamin pertama yang dicipta di dunia. WOW! Satu tablet ada 30 nutrisi lengkap dari ekstrak sayuran dan buahan. Maknanya tak perlu risau nak sumbat sayur banyak-banyak lepas ni.
Untuk yang hamil, vita lea ni ada zat besi dan zinc. Zat besi diperlukan untuk membentuk haemoglobin dan membantu tumbesaran. Baru la ibu-ibu tak pucat lesi muka masa mengandung sebab kurang darah. Zinc pula penting untuk sistem imun badan.

4) Omega Guard

Siapa kat sini nak anak yang bakal lahir tu bijak pandai cerdik? Takdelah lahir-lahir terus boleh cakap ‘hi mom!’ Tapi bijak laa bijak hehe.
Omega Guard ni special, dia menyumbangkan DHA yang sangat penting untuk pembentukan otak, mata dan sistem saraf utama baby. Kalau perasan, dekat kotak-kotak susu formula baby tu, perkataan DHA dia print besar-besar! Nak tunjuk yang susu tu bekalkan DHA paling bagus. So nampak tak DHA ni sangat penting even after baby dah lahir pun! Haa best kan best kan! Hihi

5) Ostematrix

Pernah dengar orang tua-tua cakap, “Bedah, minum susu banyak sikit. Nanti baby nak serap kalsium dari kau.” Haaa, kenapa agaknya ibu-ibu hamil wajib ambik kalsium yang cukup? Kalsium ni sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Kalau ibu tak ambik supplement kalsium yang cukup, bayi akan sedut dan serap semua kalsium yang ada dalam tulang belulang ibu. Haa tu yang mula sakit-sakit belakang lah, kejang kaki lah. Sebab tak cukup kalsium.
Ostematrix ni pun ada magnesium tw. Magnesium ni boleh bantu ibu-ibu untuk dapatkan tidur yang lena di malam hari supaya esok pagi bangun cergas dan kuat! Hihi.

Barulah ibu-ibu mengandung boleh menjalani hari-hari dengan ceria. Kalau tak muka masam aje. Bertenaga ni sangat penting untuk ibu bekerja, nak lari kejar bos balik rumah kejar anak lagi.

 

 

p/s : kalau ibu-ibu nak tanya apa-apa lagi tentang mengandung contact je akak 0192649462 (Kak G). Yang mana boleh share kita share sama-sama 🙂 yg nak tanya lebih lanjut tentang set hamil cepat2 mesej/call akak. JOM KEKAL AKTIF

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Tags:
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *