Alamak Hb Saya Rendah Masa Mengandung!! BAHAYA KE?!! Jom ketahui cara atasinya.

Masalah mengenai Hb rendah isu wajib kita dengar masa mengandung.

TAHU TAK?

sumber : Berita harian 4 Jun 2016

42% rakyat Malaysia yang ada Hb rendah atau anemia ni wanita. Jadi risiko anemia ni bila mengandung lagi tinggi.

Kenapa kita takut dan risau  sangat dengan anemia? Ada efek ke pada kandungan? bagaimana nak atasi?

Takpe, hari ni kita sembang santai-santai pasal anemia.

APA ITU ANEMIA ?

Anemia bermaksud kekurangan zat besi atau iron (bukan iron seterika tu yee). Kenapa perlukan zat besi? Zat besi yang ada dalam sel darah merah diperlukan supaya oksigen boleh dibawa ke suluruh badan untuk sel gunakan untuk menghasilkan tenaga.

pening dah ?

Pendek kata, dalam sel darah merah ada Hb (hemoglobin), oksigen boleh masuk dalam sel darah merah hanya kalau Hb ada, takde Hb, sel darah merah tu tak berguna la. Tak ada Hb, tak ada oksigen, tak ada tenaga

Image result for haemoglobin in red blood cells

Bila kita mengandung, lagi senang kepada risiko anemia. Sebabnya, badan perlukan tenaga lebih, nak bagi baby sikit, nak bagi mak nye sikit.

TANDA-TANDA @ SIMPTOM ANEMIA (Hb RENDAH)

Bila kita kekurangan Hb, kurang juga penghasilan tenaga.

Image result for simptom anemia

  1. Cepat letih dan lesu
  2. kurang konsentrasi
  3. Selalu berasa sesak nafas
  4. kerap pening atau pitam
  5. bibir dan muka pucat
  6. rasa berdebar-debar

BAHAYA TAK ANEMIA KALAU SAYA SEDANG MENGANDUNG?

Yes bahaya.

Menurut pertubuhan WHO, kesan jangka panjang anemia yang serius boleh menjadi penyebab kepada anak mempunyai perangai yang ganjil dan lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya.

Pada trimester pertama, Hb rendah boleh meningkatkan risiko keguguran.

Pada trimester kedua, kelahiran bayi pramatang, bayi kurang berat badan, kematian bayi dalam kandungan, bayi ‘low apgar score’pada minit pertama kelahiran dan kematian selepas lahir disebabkan jangkitan kuman atau bayi pra matang

Ketika bersalin, ibu yang mempunyai anemia senang letih dan tak cukup tenaga dan doktor terpaksa gunakan alat bantuan luar untuk memudahkan proses bersalin.

TERUK SANGAT KE ANEMIA SAYA?

Ibu-ibu boleh la semak status Hb masing-masing.

Bila Hb kurang dari 8mg/dL semasa hampir bersalin, doktor mungkin akan masukkan darah. sebab cara ini lebih cepat untuk Hb naik untuk elakkan komplikasi semasa melahirkan.

Selalunya tanda-tanda anemia macam cepat letih bila Hb di paras 9mg/dL dan ke bawah.

Bacaan Paras Hemoglobin (g/dl)       Kategori Anemia     
> 11.0 Normal
9.5 < 11 Anemia Ringan
8.0 < 9.5 Anemia Sederhana
6.9 < 8.0 Anemia Kritikal
< 6.9 Anemia Sangat Kritikal

KENAPA Hb SAYA RENDAH, TAPI KAWAN SAYA TAK PUN?

Setiap dari kita berbeza. Jangan la compare. Ada orang kurus keding tapi Hb dia okay sepanjang  mengandung.

Hb rendah masa mengandung boleh ada banyak sebab. Antaranya :

  1. tidak mengambil zat pemakanan yang penting tadi, iaitu zat besi, asid folik dan protein
  2. Sering muntah-muntah, menyebabkan tidak dapat memakan zat pemakanan zat besi, asid folik dan protein
  3. Kurang vitamin C dalam badan
  4. Kurang asid perut yang menyebabkan kesukaran menyerap unsur besi
  5. Pendarahan yang terlalu kerap
  6. faktor genetik

saya pun ada anemia, tapi sebab faktor genetik dari mak saya. hihi.

Saya lah orang yang kawan-kawan selalu sangat tegur,

“pucatnya mukaa, sakit ke?”

“kenapa muka macam letih jee ni, tak makan ke tadi?”

Erghhh. Stress dengar. Tapi sekarang tak dah. Jeng jeng jeng.

ADA TAK CARA NAK NAIK Hb SELAIN DARI MAKAN UBAT??

Mesti la adaa. Ni la yang saya nak share ni. excited tau kite.

  • Makan makanan kaya kandungan zat besi – Zat besi penting untuk merangsang pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah.

Related image

  • Makan makanan kaya kandungan vitamin C – Vitamin C membantu kecekapan penyerapan zat besi di dalam tubuh.

 

Image result for makanan vitamin c

  • Ambil suplemen tambahan – Kebanyakan pakar perubatan syorkan pengambilan pil zat besi tambahan sebagai langkah berkesan untuk bantu ibu yang anemia. Kenapa supplemen? Sebab ia memudah kan ibu-ibu untuk ambil zat besi secukupnya. Ada ibu nak ambil vitamin C dalam buah oren, tapi tak bole bau buah oren sebab alahan. Kalau supplemen, sekali ngap je habis.

ADA TAK SUPPLEMEN YANG SELAMAT UNTUK Hb RENDAH?

Di Shaklee kami sentiasa pastikan apa yang orang dapat adalah yang terbaik dan yang paling penting selamat.

Saya syorkan jika ibu ada Hb rendah masa mengandung, boleh ambil :

  1. Vita-Lea – Multivitamin Shaklee yang mengandungi 28 jenis vitamin & mineral temasuk zat besi dan vitamin B12 yang penting untuk membantu merangsang pembentukan sel darah merah.

Image result for vita lea shaklee

  1. B Complex – Mengandungi 8 jenis vitamin B yang utama termasuk vitamin B12  dan asid folic atau folat. Disamping membantu tumbesaran janin serta ibu mengandung mengawal tekanan dan stress (anti-stress).

  1. Sustained Release Vitamin C – Membantu kecekapan tubuh menyerap zat besi dan B12. Selain membantu membekalkan tenaga dan menambah kecekapan sistem pertahanan tubuh.

Related image

Supplemen kena ambil secara berterusan sebabnya, Hb tak boleh naik dalam masa sehari. Kadar Hb boleh naik adalah 1mg/dL dalam masa seminggu.

Dan lagi satu, ibu-ibu kena tolak tepi makanan yang boleh ganggu penyerapan zat besi. Nanti sia-sia je makan vitamin C. Contohnya makanan tenusu dan juga kafein dalam kopi.

p/s : bagi ibu yang dah cuba macam-macam nak naikkan Hb tapi tak naik-naik juga, jom la try Set Lengkap Kehamilan Shaklee. Sebab dah ramai try dan alhamdulilah berjaya.

Bagi yang nak tanya apa-apa tentang Hb, pengalaman, set shaklee, contact je kak G bila-bila di 019 2649362. Insyaallah saya tolong.

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Tags:
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *