Asyik Loya Dan Muntah Ketika Hamil? Ketahui Cara Atasinya

Assalamualaikum semua, hari ni akak nak bercerita tentang morning sickness atau mabuk hamil.

Sebab pengalaman jadi ibu masalah morning sickness tak boleh terlepas. Seronok memang seronok pregnant, tapi 3-4 bulan awal tu asyik uwek uwek tu yang tak tahan.

Nak buat kerja apa pun tak larat, kadang rasa nak telentang atas katil je. Ikutkan hati tak nak buat apa-apa, tapi tu lah orang cakap ‘ikutkan hati mati ikutkan rasa binasa’, gagahkan juga bangun.

Tapi kalau ibu yang dah ada anak 4 5 orang mesti dah pro dah ni melawan morning sickness.

KENAPA SEBENARNYA ADA MORNING SICKNESS??

Terfikir juga yang kenapa boleh jadi morning sickness. Sebab baby tekan perut ke tu yang muntah-muntah, ataupun sebab hormon? Hmmm…

Bila kita mengandung, pada hari ke 6 atau ke 7 persenyawaan, ‘morula’ (bebola sel) akan menempel pada dinding rahim dan berlaku proses peghasilan placenta/uri. Bila placenta terjadi, ia akan merembeskan hormon hCG, hormon ni pula akan merangsang ovari untuk mengeluarkan estrogen.

Jadi estrogen inilah yang dipercayai menyebabkan rasa mual. Habis tu kalau muntah? hormon progestron juga bertambah, yang mana hormon ini akan merehatkan otot-otot perut dan menyebabkan risiko muntah itu tinggi.

Dan berita baiknya! Bila anda beritahu doktor yg anda muntah pada trimester pertama, doktor2 tak akan risau sebab ia petanda YANG BAIK. Maknanya ialah penghasilan uri berlaku. YEY!

Kenapa ada orang tak muntah?

Morning sickness yang dikatakan sebab estrogen dan progestron ni walau bagaimanapun hanyalah THEORY. jeng jeng jeng. Saintis  masih tak tahu masalah sebenar morning sickness yang misteri ni. Sebab gamaknya dorang pun garu kepala bila sorang ada, sorang lagi takde.

Begitulah kuasa Allah.

KENAPA MORNING? EVENING TAK MUNTAH KE??

Kena explain juga yang ni, satgi ada tanya, saya evening sickness pun ada. Haha. Kebanyakan ibu suka tidur dengan perut kosong. Bila bangun tidur perut kita kosong lagi rasa nak muntah tu menjadi-jadi. Ini hanyalah nama sebabnya kebanyakan morning sickness berlaku waktu pagi.

Ia boleh juga berlaku waktu petang malam. Nama je morning.

KAWAN SAYA MUNTAH SAMPAI MASUK HOSPITAL

Eh takut nye. haa. ni kes kronik ni. Kalau yang tu kita dah tak panggil morning sickness. Kita panggil HYPEREMESIS GRAVIDARUM (HG). Emesis tu  nama sains untuk muntah (kelas kau nama), bila hyperemesis maksudnya muntah yang melampau.

Kes macam ni memang kena admit hospital sebab bahaya. HG adalah keadaan di mana ibu hamil mual dan muntah lebih dari 10 kali dalam 24 jam sehingga mengganggu kesihatan. Ibu akan muntahkan semua yang dimakan atau diminum sampaikan air liur sendiri pon kadang-kadang tak boleh telan.

Ia bahaya sebab ibu boleh dehidrasi, turun berat badan dan bagi kesan bahaya kepada bayi. Kalau ibu ada macam ni, terus ke  hospital tau.

TAK LARAT LA SAYA KALAU MORNING SICKNESS SEPANJANG PREGNANT

Eh tak tak. Morning sickness ni kebanyakan berhenti bila hujung trimester pertama (3 bulan). Masa ni badan dah adaptasi dengan hormon dan perubahan yang berlaku dalam badan.

Sabar ye ibu. Tahan 3 bulan je, lepas tu kita boleh makan sedap-sedap sikit.

PATUT KE SAYA RISAU KALAU SAYA ADA MORNING SICKNESS?

Morning sickness tak memberi kesan kepada bayi kalau ibu jaga kesihatan. Maknanya, walaupun loya macamana sekalipun, makan mesti makan, minum mesti minum.

ADA KE CARA NAK HADAPI MORNING SICKNESS NI?

Insyaallah ada. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya, cewah. Saya try bagi tips nak hadapi morning sickness ni. Kita sama-sama cuba mana tahu menjadi, tapi insyaallah ada di antara nya memang berkesan.

# CARA 1 : elakkan perut kosong

Macam mana sekalipun mual anda, isi perut juga. Biskut ke, roti ke, protein shake ke. Cuba sampai boleh. Kalau teringin murtabak kat pasar malam terus pegi beli. Takpe, makan.

Lagi perut kosong lagi rasa nak muntah.

#CARA 2 : hidu bau limau

hormon estrogen juga buat deria bau kita lebih sensitif. Benda yang dulu kemain wangi, tapi sekarang kalau bau je rasa loya. Ibu boleh try bau kulit limau. sambil makan sambil bau.

#CARA 3 : minum teh halia

Selalunya orang makan teh halia nak buang angin kan. Tapi petua orang kampung kalau mabuk hamil boleh juga try  minum teh halia.

#CARA 4 : minum air banyak

Sebab ibu asyik muntah, risau badan dehidrasi, jadi pastikan badan cukup air. Minum sekurang-kurangnya 2L sehari

#CARA 5 : makan vitamin

Pengambilan vitamin B6 telah berjaya atasi mabuk dalam kebanyakan ibu yang hamil. haa boleh la try ambil suplemen yang ada vitamin B6 mana tahu berjaya.

#CARA 6 : cuba alihkan perhatian

eh apa maksudnya ni? Maksudnya, bila kita tahu kita sakit, jangan ajar diri kita untuk layan sakit tu. Dulu orang-orang tua kat kampung, sakit-sakit boleh gi menoreh.

Takdelah akak nak suruh gi menoreh. Bila asyik rasa mabuk, jangan terperap dalam bilik dan atas katil. Kita try bangun, kemas katil basuh baju, stretching sikit kat luar sambil hirup udara segar. Ni sakit sampai taknak jumpa orang dah, semua orang kita jumpa kita berangin.

Alaaa takmau la macam tu. Waktu kehamilan ni kita kena lebih hati-hati dengan percakapan kita, perbuatan kita, sabar banyak-banyak.

Menurut Dr Thomas Verny (Pakar Psikologi & Kesihatan) ;” emosi ibu boleh memberi kesan kepada anak melalui neurohormon sama seperti alkohol dan nikotin”

Waktu hamil ni lah kena cakap baik-baik, dengar baik-baik, buat baik-baik, supaya anak yang lahir jadi anak soleh solehah penyejuk mata dan penambah pahala mak ayah nya.

#CARA 7 : banyakkan berdoa

Antara semua cara yang akak share, ni lah cara yang paling akak yakin sekali. Berdoa lah. Sebab yang menyembuhkan itu adalah Allah. Kita boleh cuba macam-macam cara, tapi yang mengizin kan Allah.

Doa kan semoga proses kehamilan ini berjalan dengan baik dan lancar dan dipermudahkan. Amin.

AKAK ADA NAK SUGGEST SUPPLEMEN YANG BEST?

Mestila adaa. Akak tak sempat pon nak bau limau ke, buat air halia sendiri ke. Tapi bila taknak buat sendiri kita mesti nak yang cepat dan selamat kann.

PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE

 

Sebab barang baik, akak kena juga share dengan korang.

Peppermint ginger plus terdiri dari halia, pudina, pokok adas dan ckur manis. Pendek kata, kalau kita mengadu kat mak-mak kita dok loya, mesti benda-benda ni disuapnya ke mulut kita.

Apa manfaat semua ramuan tadi tu?

 

PUDINA

Pudina atau nama omputihnya Mint. Saya percaya mesti semua penah makan gula-gula mint contohnya gula-gula Hacks. Kalau kita naik Cameron Highland jalan pusing-pusing, Hacks ni bagi saya memang tolong sangat bagi tak mual.

Daun pudina sebenarnya mengandungi satu bahan sangat special iaitu Menthol. Bukan mentol lampu eh. Menthol ni adalah bahan yang membantu otot perut kita ‘bertenang’. Kan bila rasa nak muntah perut kita rasa lain macam kan? tu sebab otot perut kita tengah ‘mengganas’ kat dalam. Menthol ni akan bekerja sebagai ‘cooling massage’ pada otot perut sampai otot tersebut relax, bertenang, dan selesa. Wow tak wow

HALIA

tadi pudina, ni halia pulak. Halia ni nama saintifiknya Zingiber officinale . Manusia dah gunakan halia sejak berkurun lamanya dekat muka bumi. Seluruh dunia akui kebaikan halia.

Dah banyak sangat kajian pre-klinikal dan klinikal tentang halia mengandungi bahan gingerols dan shogaols (terbelit lidah aku) yang  sangat efektif dan selamat untuk mengurangkan rasa mual dan muntah terutama sekali semasa mengandung. Masa pregnant, kita ni punya la loya, so makan la buat alas perut, sekali lepas makan perut bunyi kruk-kruk tahu dah, ni mesti nak muntah, sia-sia la kita makan tadi kan.

Jadi bahan dalam halia ni akan stop kan kruk-kruk tu dengan cepatkan proses penghadaman supaya kita tak muntah balik dan buang segala angin dalam perut.

Buka tu je tau, bila kita tak muntah kita tak ada la dapat pedih ulu hati. Pedih ulu hati disebabkan makanan yang kita makan ditolak balik ke atas. Perut reject makanan kita. Jadi asid dalam perut bila sampai dekat kerongkong kita akan rasa pedih.

Yeyyy. Tak muntah tak pedih ulu hati. Dua sekaligus halia bagi kat kita.

POKOK ADAS

kalau pokok adas pulak? Bagi yang tak biasa dengar adas ni, nama lain nya adalah jintan manis. femes dalam masakan orang India dannn orang India ni ada tabiat lepas makan nasi dorang akan ambil biji adas ni dan makan macam tu je.

Sebabnyeee biji adas mengandungi bahan yang merangsang penghadaman dan juga mewangikan mulut secara semulajadi.

CEKUR MANIS

cekur manis ni sebenarnya dah femes tau dekat India. Kenapa? sebab di India, makanan ruji dorang adalah makanan berat dan berminyak, butter chicken, masala chicken, briyani haa semua yang kari-kari. Bukan senang sebenarnya perut nak hadamkan makanan-makanan macam ni. Jadi orang india sana, dorang cuba cari herba yang boleh bantu tingkatkan proses penghadaman.

Terjumpalah pokok adas dan cekur manis. Tapi dorang takde la panggil cekur manis. Bila saintis kaji rupa-rupanya  baru tahu yang cekur manis boleh stabilkan hormon dan juga kawal enzim perut supaya proses penghadaman lebih baik dan cepat dari biasa.

kenapa banyak sangat dalam satu tablet? satu jenis kan dah cukup

kita ambil contoh mudah. Kenapa  Malaysia ada banyak menteri, kan bagus semua PM buat. PM kita arif ke pasal kewangan? kesihatan? ekonomi? hal ehwal luar? Jawapannya, tak.

sama juga macam ramuan kat atas, pudina punya efek mungkin sampai takat tu je, kita tambah halia bagi efek ebih bagus, tambah lagi adas dan cekur manis bagi efek menyeluruh. baru lah berkesan ubat tu dan masih kekal selamat.

susah ke nak makan peppermint ginger plus?

mesti la tak. Kalau susah buat apa saya sibuk suggest. Baik pegi beli halia dekat pasar kan. Sebab mudah sangat tu la yang tak pening nak memikir.

cara 1 : pejam mata telan terus.

cara : masukkan sebiji dalam air panas dan nikmati  lah macam teh herba. Saya suka macam ni, sebab boleh enjoy bau dulu hihi

Senangnyaaaaa. Laa dah bagitau tadi memang senang.

Harap-harap saya membantu ibu-ibu yang asyik mual tu. Jom kita sama-sama iktiar.


 

Untuk ibu mengandung juga akak recommend kan ambil :

E-SOY PROTEIN :  sebab? tak bagi perut kosong. ambil ni mudah je. dan ESP ni ada banyak lagi khasiat untuk ibu mengandung

VITA LEA + SUSTAINED RELEASE VIT C : Penting juga ni untuk pregnant. Sebab vita lea akan bagi nutrisi zat besi dan vitamin c bantu serapan zat besi tadi.

B COMPLEX : Ni bukan setakat vitamin B6, yang lain-lain pun ada. Sangat  penting untuk tumbesaran bayi, lagi-lagi ibu yang asyik uwek-uwek. Kalau makan pon tak nak, mana nak dapat vitamin B ni. Jadi kerja mudah dan selamat, ambil lah supplemen ni yang memang specifically untuk ibu pregnant.

 

p/s : untuk yang nak tahu lebih lanjut pasal suplemen bole contact Kak G di 019 264 9362, nak tanya tips lain pon boleh, nak tanya pengalaman pregnant pon boleh. Akak sedia membantu. jangan segan-segan 🙂

 

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *