Adakah anda berisiko mendapat plasenta previa@uri bawah?? jom baca lebih lanjut

Salam petang semua.

Ada yang pernah dengar tak tentang plasenta previa atau uri bawah? Mesti ada.

Sekarang kat Malaysia masalah uri bawah bukan benda yang jarang kita dengar. Sana-sini dengar je bakal ibu bincang pasal masalah ni. Ini sebabnya teknologi sains kesihatan kita dah maju ke hadapan.

Ada ultrasound yang canggih-canggih. Senang nak kesan lebih awal masalah uri bawah.

kenapa uri diperlukan semasa hamil?

uri terjadi pada hari ke 6 atau 7 selepas persenyawaan, uri sangat penting untuk bagi baby nutrisi yang sepatutnya.

Fungsi-fungsi utama uri ialah :-

1. Pemakanan

  • Uri membantu mengangkut nutrien dari darah ibu kepada janin melalui tali pusat.

2. Pernafasan

  • Uri membantu untuk mendapatkan oksigen daripada darah ibu kepada janin dan karbon dioksida (CO2) daripada darah janin ke dalam aliran darah ibu

3. Perkumuhan

  • Bahan buangan seperti bahan bernitrogen yang dihasilakn di dalam bayi akan diangkut dari uri ke dalam aliran darah ibu.

4. Penyimpanan

  • Uri menyimpan sesetengah lemak, glikogen dan zat besi.

5. Rembesan hormon

  • Uri merembeskan hormon seperti estrogen,progesteron,gonadotropin (hCG) yang penting untuk pastikan rahim terus membesar dan menyokong tumbesaran bayi.

6. Perlindungan

  • Uri melindungi bayi anda daripada sesetengah jangkitan. Bahan toksik akan ditapis terlebih dahulu sebelum sampai pada bayi. Tapi,sesetengah bahan yang merbahaya tidak boleh ditapis melalui uri.
  • Oleh itu, ibu hamil diminta untuk mengelakkan bahan yang boleh menyebabkan bahaya seperti alkohol,bahan-bahan ubatan yang dilarang dan herba.

7. Pertukaran antibodi ibu

  • Bayi memperolehi antibodi imunisasi pasif terhadap cacar tetapi tidak terhadap cacar air dan batuk daripada ibu melalui uri.Yang penting adalah Rh tidak serasi.Bila bayi Rh positif dan ibu Rh negatif,sel darah merah bayi yang masuk ke aliran darah ibu akan menimbulkan antibodi bertentangan dan menyebabkan penyakit darah

apa sebenarnya plasenta previa?

Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.

Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran dinamakan Plasenta Previa. Ini akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.

berapa jenis plasenta previa?

ada 3 jenis plasenta previa iaitu :

  1. Partial (hanya sebahagian menutupi)
  2. Complete (menutupi kesuluruhan pintu servik)
  3. Marginal (hanya menutupi margin)

Jenis complete dan partial berisiko tinggi untuk melahirkan bayi secara pembedahan/caeserean.

masa awal kehamilan doktor cakap uri saya di bawah

uri di bawah bukanlah sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20% daripada uri berada di bawah pada awalnya, TETAPI apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma 5% yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).

Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja.

apa simptom-simptom plasenta previa?

ibu jangan risau tau. pada fasa awal kehamilan bila doktor buat scan, doktor akan cakap macam ni :

“uri awak dekat bawah ni, nanti masa 28 minggu kita scan lain tau, nak tengok naik atas ke tak”

tapi ibu-ibu masih kena berjaga-jaga dengan simptom-simptom di bawah, sebab ia boleh membahayakan ibu dan juga anak yang di kandung :

  1. berlaku pendarahan secara tiba-tiba
  2. pendarahan tanpa rasa sakit
  3. darah berwarna merah terang

INGAT, kena pergi hospital bahagian emergency cepat-cepat.

kawan saya ada plasenta previa tapi takde simptom pun

Dalam sebuah kajian terhadap 179 orang pesakit plasenta previa, hanya 33.7% mendapat pendarah sebelum kandung 30 minggu, 44.6% selepas 30 minggu dan 21.7% tak ada simptom langsung.

Kawan awak yg 21.7% tu la.

apakah punca plasenta previa?

Hingga ke hari ini saintis masih lagi tak jumpa sebab utama kenapa plasenta previa terjadi, tetapi saintis telah kenal pasti orang-orang yang berisiko mendapat plasenta previa:

  1. usia ibu melebih 35 tahun
  2. menjalani rawatan kesuburan
  3. pernah melahirkan lebih dari 5 orang anak
  4. mengandung kembar
  5. jarak di antara kehamilan sebelum sangat dekat
  6. pernah melakukan pembedehan pada rahim
  7. pernah keguguran
  8. merokok
  9. mengambil kokain

apa kesan plasenta previa pada kandungan saya?

plasenta previa bukan hanya bagi kesan pada anak dikandung tapi juga pada ibu. Jad ibu kena juga jaga kesihatan diri.

Antara kesan pada ibu :

  1. Berlaku pendarahan yang tidak terkawal
  2. Terpaksa melakukan tranfsusi darah
  3. Plasenta abruptio
  4. Kelahiran pra matang
  5. Risiko mendapat jangkitan endometrium selepas melahirkan
  6. Risiko mortaliti tinggi

Apa pula kesan pada baby yang di kandung?

  1. Kecacatan kongenital
  2. Bayi kecil dalam kandungan
  3. Bayi kurang berat badan
  4. Masalah pernafasan ketika lahir
  5. Kuning/jaundis
  6. Terpaksa berada di hospital lama

kalau saya ada plasenta previa, apa saya perlu buat?

ibu-ibu tak boleh buat kerja-kerja yang berat, banyakkan berehat. Dan kena sentiasa berhati-hati kalau ada pendarahan berlaku.

Jika pendarahan berlaku segera ke hospital. Jangan ambil ubat-ubat yang tak dibenarkan, kena makan makanan seimbang dan mengurut tidak dibenarkan sama sekali.

Sebab mengurut menyebabkan risiko tinggi kelahiran pra matang.

Dan yang paling penting kena banyak berdoa supaya Allah permudahkan proses kehamilan.

 

 

Sekian sahaja dari akak petang ni. Terima kasih kepada yang sudi membaca 🙂

p/s : untuk konsultasi masalah nutrisi ketika mengandung jangan segan-segan contact akak di 019 2649362 (Kak G)

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *