Kenapa luka bersalin/episiotomi lambat sembuh?

KENAPA LUKA BERSALIN atau EPISIOTOMI LAMBAT SEMBUH?

Kita orang perempuan je yang faham peritnya bersalin kan. Kalau laki kite cakap dia paham, jeling sikit kat dia. Kikikiki

Image result for labor cartoon funny

Badan kita dah melakukan satu pengorbanan besar, dari sebesar tiang letrik sampai jadi sebesar yang nak tengok cermin pun takut.

Bayangkan betapa hebatnya Allah, dalam badan ada satu manusia kecil. Rahim yang berapa sentimere boleh mengembang dan menampung manusia berat 3-4 kilo. Subhanallah.

Ramai antara ibu paling tak nak masa bersalin, kena episiotomi. Takuttt.
Tapi kawan akak share

“Punya la sakit contraction sampai sakit kena jahit tu tak rasa pun”

Ye ke ibu?

Apa sebenarnya episiotomi? Ia adalah pengguntingan kulit dan otot antara vagina dan anus untuk melebarkan jalan lahir.

Image result for episiotomy

Sebenarnya bukan senang-senang tau nurse/doktor ni nak buat episiotomi. Ada syarat-syaratnya, seperti :

1. Risiko mendapat koyakan tahap 2 atau 3
2. Kes di mana bersalin secara normal boleh mengakibatkan kesan serius tapi tidak sampai ke tahap czer
3. Koyakan yang mempunyai risiko jangkitan kuman
4. Bayi besar
5. Otot perineum terlalu ‘rigid’
6. Alat bantu luar terpaksa digunakan
7. Bayi dalam kandungan mengalami masalah
8. Bayi tersekat pada bahu ketika bersalin

Tapi yang terkoyak sendiri tu? Akak yang menaip pun kecut perut nak tulis terkoyak.

Apa yang sebabkan berlakunya koyakan?

1. Kedudukan anak yang tidak normal dalam perut seperti songsang
2. Kontraksi ruang luar pelvis
3. Penggunaan alat bantu luar untuk bersalin
4. Bayi besar

Image result for malpresentation

BAGAIMANA NAK CUBA ELAK DARI PERINEUM TERKOYAK ATAU EPISIOTOMI?

Nak akak ingatkan yang koyakan ketika bersalin adalah perkara biasa berlaku ketika bersalin. Jangan la korang meroyan ke apa kalau terkoyak.

Tips yang akak bagi ni 100% berkesan tak dijamin tau. Jangan nak marah akak pas ni

A. Pemakanan seimbang dan bersenam

Setiap kali akak post, makan seimbang je la yang ada dalam tips. Memang udah itu paling penting.

Bila badan dapat nutrisi yang betul dan seimbang, ia akan membaikpulih kulit kita, otot kita supaya lebih gagah di kemudian hari.
Bersenam juga buat otot kita lebih sihat dan anjal.

Proses melahirkan macam satu marathon yang perlukan stamina dan ketahanan fizikal mental yang kuat.

B. Buat senaman Kegel

Kenapa kegel penting? Masa peringkat kedua bersalin, pelvis dan vagina perlu relax dan membuka supaya senang bayi turun.

Senaman kegel akan biasakan ruang bawah untuk relax dan buka. Takde la dia terkejut masa dok push push tu.

Related image
walaupun gambarnya lelaki, tapi ginilah caranyaa

C. Buat urutan perineum

Konsep nya sama macam Kegel, nak cuba biasakan badan kita meregang dan membuka pelvis dan bina daya ketahanan otot.

D. Bernafas lebih banyak ketika meneran

Jadi masa mengandung, praktis lah mengawal pernafasan. Boleh join kelas antenatal 2-3 kali lepas tu praktis je sendiri di rumah. Kenapa penting kawal pernafasan, supaya masa meneran kita tak cepat letih dan kita lebih bertenaga.

Gitulah cara nak elakkan. Tapi kalau terkoyak atau kena episiotomi jugak? Lepas tu dah lama pun tak sembuh-sembuh lagi. Haa?!

Kenapa lambat sembuh tuuu. Cuba ibu semak balik ada tak yang ibu buat lepas bersalin dulu.

Image result for breathing labor

PUNCA LUKA BERSALIN LAMBAT SEMBUH

#1 TAK JAGA MAKAN

udah berapa kali ku tekankan, makan kena jaga. Masa mengandung ke bersalin ke, makan memang kena jaga.

Jangan la degil kalau mak suruh makan benda-benda tak sedap. Aha.

Bila kita jaga makan, ia akan beri tenaga pada badan kita, sel-sel dalam badan akan lebih cepat pulih.

Ada makanan yang memang pantang kalau di makan lepas bersalin, jadi, kena ikut. Kalau tak ikut banyak masalah seperti bentan, masuk angin, susu kurang, luka gatal atau bernanah.

Di page FB Anak Ibu Sihat, saya ada share resepi berpantang yang berkhasiat dan sedap-sedap yum yum, jemput la membaca.

Image may contain: text and food

#2 TAK BANYAK BERGERAK

“Saya tak larat la akak, lagipun saya luka masa bersalin, malas nak gerak sana sini”

Amboi amboi amboi.

Ni nak habaq mai, orang yang paling kena banyak bergerak adalah yang lepas czer, supaya tak berlaku komplikasi saluran pulmonari tersumbat (pulmonary embolism), bahaya tau, boleh bawa maut.

Yang terkoyak atau kena episiotomi pun sama jugak. Kena banyak bergerak. Bukannya akak suruh ibu pergi masuk merentas desa ke apa. Jalan dalam rumah je, jalan ke meja makan, jalan ke toilet, jalan ke dapur.

Image result for postpartum tired

#3 PENJAGAAN LUKA YANG SALAH

Penjagaan luka yang betul boleh mempercepatkan proses penyembuhan.
Pastikan luka sentiasa kering.
Ibu juga boleh buat ‘sitz baths’ iaitu merendamkan kawasan luka dengan air suam selama 20 minit, ia boleh pastikan tempat luka bersih.

Image result for sitz bath

Setiap kali buang air besar juga, luka mesti dibersihkan, seeloknya dengam air suam.

#4 KURANG MINUM AIR

Minum air sekurangnya 2L sehari penting untuk elakkan sembelit dan untuk pastikan ibu sentiasa hidrasi.

#5 SEMBELIT

Okay. Bab ni penting. Sembelit punca ibu punya luka lambat sembuh. Bila kita sembelit, kita akan meletak tekanan pada luka masa kita buang air besar.

Luka tu nak sembuh dah eh terbuka balik sebab sembelit, luka tu elok balik, esoknya sembelit lagi, luka lagi. Begitulah proses akan berulang.

#6 NUTRISI TAK SEIMBANG

Ni berkait lah dengan sembelit tadi, kenapa sembelit? Sebab nutrisi yang sebetulnya tak dapat. Taknak sembelit kena makan banyak makanan berserat tinggi.

“Ala akak, mana saya nak cari makanan berserat ni”

Makan la banyak sayur hijau kehijauan dan buah buahan segar.

“Mana sempat akak nak membeli semua tu”

Eh eh kome ni. Ambil le supplemen yang ada serat. Kerja ibu pun setel, dan tak sembelit.

Nutrisi seimbang juga penting supaya tenaga kita cukup, sel juga dapat tenaga yang cukup untuk membaik pulih luka dan melawan segala kuman dan bakteria yang nak masuk ke luka (meningkatkan imunisasi)

Image result for pregnancy medication

SUPPLEMEN. SESUAI UNTUK ORANG BERPANTANG

VITA LEA

Image result for vita lea hamil

Ia adalah multivitamin dan mineral yang pertama di dunia.
Mengandungi vitamin B, zat besi, zinc, dan lain lain.

Masa lepas bersalin, imunisasi badan kita berada pada tahap bawah. Kita senang terdedah pada jangkitan dan nutrisi badan kita pun tak cukup.

Semua nutrisi dan tenaga habih bawak keluar masa dok meneran.

Jadi, kita kena siapkan segala benteng untuk badan kita.

Badan sangat perlukan zinc sebab nye, zinc menolong mempercepatkan sel-sel baikpulih. Rahim kita perlu repair, luka koyakan/episiotomy juga perlukan repair. Masa ni memang zinc sangat-sangat diperlukan.

Zinc juga diperlukan untuk penghasilan susu ibu.

Kita perlukan sekurangnya 11mg zinc setiap hari, tapiii 100g daging baru bagi 3mg zinc dan 200g susu bagi satu 1g zinc. Larat ke nak makan daging hari-hari?

1 tablet vita lea = 7.5mg zinc anda bole ambil 2 kali sehari. Semudah itu.

Vita lea juga diperkaya dengan zat besi. TAHU TAK, ibu kehilangan hampir 500mL darah semasa bersalin normal dan 1000mL darah kalau bersalin secara czer.

Zat besi akan membantu proses penghasilan lebih banyak sel darah merah dan elakkan Hb dari rendah. Hb rendah penyebab ibu masih lagi tak bermaya lepas bersalin

Vita lea juga mengandungi vitamin A. Banyak kajian menunjukkan, bila jadi ibu, ramai yang start ada masalah dengan mata samada rabun dan sebagainha. Ini disebabkan vitamin A sangat mudah untuk keluar melalui susi ibu, jadi ibu yang menyusu berisiko kekurangan vitamin A.

SUSTAINED RELEASE VITA C

Image result for vita c shaklee hamil

Kalau ambil supplemen mengandungi zat besi, vitamin c kena seiring sebab untuk zat besi diserap ia perlukan pH rendah dalam perut, jadi vitamin C akan menolong serapan zat besi.

Yang lain nya vita c ialah, sustained release. Ini bermaksud, setiap 100mg akan di lepaskan setiap 1 jam. Kiranya badan kita sentiasa cukup dengan vitamin c.

1 tablet vita c = 7.5 biji oren. Wowwwww. 7 biji?! Berbaloinyaaaa

Dan lagi satu, vitamin c diperlukan untuk membina imunisasi badan dan proses penyembuhan luka. Ia juga penting untuk penghasilan kolagen, haa lepas bersalin masih berseri seri kauu.

OSTEOMATRIX

Image result for osteomatrix hamil

Osteomatrix mengandungi kalsium dan magnesium.

Ada orang pernah cerita kak akak, setiap kali dia bersalin je, gigi longgar satu-satu.

Bila kita semakin menua, badan kita tak lagi hasilkan kalsium macam orang muda. Sebab tu orang tua lebih terdedah kepada risiko osteoporosis.

Kena dan mesti start ambil kalsium dari sekarang.

Ketidak seimbangan antara kalsium dan mangnesium merupakan punca nya kenapa ibu asyik sembelit. Jadi dalam osteomatrix, kami bagi dua-dua sekali supaya tak susahkan ibu nak pergi cari magnesium pula.

Dan juga, lepas bersalin kalau ada masalah selalu cramp atau kejang, osteomatrix sangat membantu sebabnya, relaksi dan kontraksi otot disebabkan magnesium dan juga kalsium.

Bagi ibu yang menyusu, 1000mg diperlukan setiap hari. Kita bagi susu kat anak kita, last-last berapa je kalsium yang tinggal dalam badan kita. Anak topup kalsium dari ibu, ibu pon kena topup juga la kalsium nya.

VITAMIN B COMPLEX

Image result for b complex shaklee hamil

 

Vitamin B dibuat dalam bentuk supplemen sebab badan kita tak boleh hasilkan sendiri vitamin ni. Kita kena dapatkan dari luar tapi makanan yang mengandungi vitamin B ada bermacam jenis.

Dan bukan satu makanan ada kesemua 8 jenis vitamin. Jadi supplemen dibuat supaya memudahkan penggunanya. Gitulaa

Vitamin B9 atau asid folik adalah vitamin yang selalu kurang dalam diet wanita sebabnya, asid folik senang musnah bila sayur dimasak. Kau nak makan sayur mentah keee. Huhu

Asid folik membantu menstabilkan hormon selepas bersalin dan elakkan dari meroyan.

Tahu meroyan? Yang kejap happy tengok anak kejap tak happy.

Image result for postpartum tired

ESP – ENERGIZING SOY PROTEIN

Image result for esp shaklee hamil

Walaupun kita ni bole share banyak resepi berpantang tapi kalau tak ada orang menolong masakkan, takdelah larat sangat nak masak kann?

Pada masa yang sama kita masih perlukan makanan yang seimbang dan sihat. Minumlah ESP, dalam ESP mengandungi kacang soya sebagai sumber protein terbaik diperkaya juga dengan 9 asid amino, 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Pendek kata, satu hidangan sangat berkhasiat, mengenyangkan dan memberi tenaga.

1 hidangan = 2x daging, 4x telus, 12x susu, rendah lemak, tiada kolester

LECITHIN

Image result for lecithin shaklee hamil

 

nak kurus takkk?

Lecithin akan membantu pecahkan lemak kepada rantaian yang lebih halus dan senang di nyahkan dari badan.

Berambus kau lemak. Gitu haa.

Lecithin juga mengandungi choline yang boleh merangsang perkembangan otak bayi.

ALFALFA COMPLEX

Image result for alfalfa shaklee hamil

Alfalfa ni bukan senang nak dapat yang organik di. malaysia. Ia digelar RAJA SEGALA TUMBUHAN sebab mengandungi serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim.

Berbelit lidah akak nak cakap semua. Memang raja betul.

Tapi yang paling penting, lemak yang dipecahkan oleh lecithin tadi akan diperangkap oleh alfalfa ni dan bawa lemak tu keluar dari dalam badan.

Slim la kite lepas niii

Yang seronoknya, alfalfa juga banyakkan penghasilan susu. Wow wow.

Image result for set pantang shaklee

Itulah cerita panjang lebar hari ni.

Yang berminat dengan set pantang shaklee, boleh hubungi/msj/whatsapp akak di 019-2649362 (kak g) , yang nak konsultasi nutrisi juga bole kacau saya. Jangan segan-segan 🤗

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
0 shares
Previous Post

TIPS TAMBAH SUSU BADAN MUDAH DAN SENANG

Next Post

Tips Mudah Bersalin. Jom baca!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *