Tips Kenali Taska Dan Pengasuh Yang Baik

Lepas habis je berpantang mesti ibu risau sape la nak jaga anak kan? 

Sekarang ni banyak kes pengasuh jahat, taska pun sama naik jahat nya.

Risau je nak hantar anak.

Jadi hari ni, saya nak berkongsi tips nak kenal taska dan pengasuh yang baik dengan harapan dapat membantu ibu, tak banyak sikit pun jadi laaa. Hihi

#APA CIRI-CIRI TASKA YANG BAIK?

  • Mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bukan senang tau mana-mana taska nak lepas dengan JKM, sebab syarat nya ketat. Make sure sebelum hantar atau decide nak hantar anak ke sana, check dulu. Boleh ke website JKM.

So, kalau taska tu berdaftar mesti ia melepasi segala piawaan yang ditetapkan JKM.Jangan dengar dari mulut parents lain je tau 

 

boleh ke website JKM
  • Kawasan taska adalah selamat

Masa tengah survery tu, jalan-jalan sikit keliling taska. Kawasan perumahan ke, atau kawasan kilang. Dekat tak dengan jalan raya? Kang anak berlari ke jalan susah nanti

Image result for taska berdaftar jkm

  • Memiliki tangga keselamatan, alat pemadam kebakaran, dan pintu kecemasan

Haa ni penting tau. Taska kena dapatkan kelulusan dari Majlis Negeri dan Bomba supaya kalau ada kecemasan berlaku, senang nak keluar dari taska tu

Image result for taska alat kebakaran

  • Taska WAJIB bersih

Pegi dapur tengok bersih ke tak. Ada lipas ke tikus ke. Sinki kotor ke. Peralatan basuh botol susu. Bilik air pun kena tengok. Walaupun nampak macam busybody nyee lahai, biarkan dorang, kita check sebab nak pastikan anak kita selamat dan sihat. 

Jangan lupa tengok pengasuh juga, bersih ke idok yang nak menjaga anak kita tu.

 

Image result for taska bersih

#APA CIRI-CIRI PENGASUH YANG BAIK

Walaupun taska tu berdaftar, kriteria pengasuh baik jangan dilupakan, dan tips ini mungkin membantu kalau nak hantar ke pengasuh yang bukan di taska. Selamat membaca

  • pengasuh mengamalkan cara hidup Islam

Kita sebagai yang islam mesti nakkan yang jaga anak kita juga seorang islam. Sebab sedikit banyak apa yang pengasuh tu buat boleh memberi kesan pada anak kita.

Adakah dia menutup aurat sepenuhnya? Percakapan terjaga? Akhlak baik? Berilmu? 

Boleh hafal doa dan zikir zikir harian, supaya anak kita membesar dalam suasana muslim yang terbaik

Image result for pengasuh bayi islam

  • Tahu penjagaan bayi dan kanak-kanak

Tahu jaga dan tahu penjagaan itu satu benda yang berbeza. Tahu penjagaan bermaksud pengasuh tahu apa yang boleh diberi atau yang tak boleh diberi kepada anak

Nanti anak bawah 6 bulan disuapnya nasi kan ke susah. Pengasuh mesti tahu cara nak kendalikan anak yang menangis dan anak yang bergaduh

Image result for pengasuh baik

  • Anak selesa dan suka pada pengasuh

Cuba tengok anak kita lepas sehari hantar ke pengasuh tu, dia menangis taknak pergi ke atau dia okay je nak pergi.

Pengasuh yang baik ni, kita boleh nampak bila dia jaga anak kita, anak kita suka dan okay dengan dia. 

Mata ibu-ibu kalau tengok tu kena jadi mata helang. Tajammm. Haha

Image result for happy child with babysitter

  • Pengasuh gembira lihat anak kita

Image result for babysitter

Kalau anak kita datang dia dah jegil mata kat anak kita, lain macam je tuu. Orang yang suka kanak-kanak, dia akan enjoy dan kita nampak kasih sayang dari pengasuh tu

  • Pengasuh sentiasa berkomunikasi dan berhubung 

Kalau kita whatsapp tanya anak buat apa, pengasuh senang je nak jawab. Takde macam berdalih dalih. 

Kalau anak ada masalah pun cepat-cepat dia inform kita. Macam ni baru la bagus.

Image result for babysitter

  • Anak anda bersih

Masa kita hantar anak kita bersih, masa ambil balik pun mesti kena bersih. Ni kalau lampin penuh, bekas susu penuh dekat baju. Hish apa ni. 

Image result for clean baby

  • Kemalangan jarang berlaku

Balik je anak kita lebam, balik je anak kita ada kesan gigitan, balik je anak kita ada calar sana sini. Pengasuh yang baik dia sentiasa perhatikan anak kita, sentiasa pastikan kemalangan kalau boleh tak berlaku langsung.

Image result for jatuh di rumah pengasuh

Ini jelah serba sedikit yang akak boleh tolong ibu di luar sana. Jangan lupa doa banyak-banyak supaya Allah sentiasa lindungi anak kita.

Assalamualaikum, byee

Image result for bye baby gif

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
Tags:
0 shares
Previous Post

CARA SENANG HILANGKAN STRETCH MARK SELEPAS BERSALIN

Next Post

Bayi saya asyik menangis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *