ANDA MENGALAMI BENGKAK SUSU? KAMI ADA CARA UNTUK ATASINYA

Sape yang pernah kena bengkak susu atau tengah kena sekarang angkat tangan sikitt.

Image result for RAISE HAND GIF

bengkak susu ni perkara biasa bagi yang menyusu. 

Biasa tu memang la biasa, sakit tau dakk. Huhu

Tapi jangan risau, hari ini ibu telah datang ke tempat yang tepat, sebab saya akan cerita secara terperinci mengenai bengkak susu.

Lepas baca je InsyaAllah, bengkak susu takkan kembali lagi.

APA PENYEBAB BENGKAK SUSU?

Penyebab dia sangat mudah. Bila susu yang dihasilkan banyak tapi pengeluarannya sedikit.

Macam dalam jam, kereta nak keluar nye banyak, jalan nya sempit atau ada roadblock atau ada eksiden kat depan. Tersumbat la kat situ.

Jadi bila susu yang dihasilkan dalam saluran tak dikeluarkan ia akan reverse balik ke kalenjar utama. Bila dia reverse time tu lah yang kacau. Sakit bengkak semua ada.

Image result for clogged milk ducts

APA TANDA-TANDA SAYA ADA BENGKAK SUSU

  1. Ada ketulan yang bila sentuh lagi sakit tak sentuh pun sakit di payudara anda
  2. Payudara merah
  3. Rasa panas dan bengkak terutama sekali selepas menyusu

Image result for clogged milk ducts

Tapi kalau ibu ada semua tanda di atas di campur dengan demam, haaa itu la dia MASTITIS, iaitu inflamasi pada kalenjar dan salurah susu. Masa tu bakteria dah ada kat dalam tu. 

Ingat, air yang tak bergerak tu adalah air kotor. Sama juga susu yang berada dalam satu tempat dan tak dikeluarkan ia akan dijangkiti bakteria.

Image result for mastitis

BAGAIMANA SALURAN BOLEH TERSUMBAT?

  • Teknik penyusuan yang salah

Bila bayi anda tak mengosongkan payudara anda dengan sepenuhnya, ada baki-baki susu lagi, tapi kalenjar utama masih menambah pengahasilan susu. 

  • Breast pump tak power

Related image

Cuba check breast pum punya suction tu, power ke tak sedutan nya. Ke ada yang tersumbat, kalau boleh beli la brand yang elok. Kalau beli brand cikai ni, macam ni lah jadi nya. Dua kali kerja nama dia.

  • Kurang susukan bayi

Ni salah ibu la. Malas sangat kenapa. Kalau anak tidur, jangan dilayan sangat tidurnya, susukan juga. Kalau tak nak, pump. 

Kalau yang belah kiri dan penuh jangan bagi yang belah kanan. 

  • Pakai bra menyusu yang ketat

Bra yang ketat boleh membuatkan saluran tersumbat sebab ia menindih saluran tu, tidur meniarap pun boleh buat saluran tersumbat

  • Stress

Jangan tak tahu stress juga penyumbang nya.

Bila stress, hormon oksitosin akan menurun. Oksitosin penting untuk otot pada saluran supaya ia boleh pump bila bayi menyusu

Image result for stress

  • Ibu demam atau tak sihat

Bukan lah sebab nya demam tu tapi bila demam ni nak buat apa pun tak larat. Nak bangun mengepam pun takde mood kan. 

Ni ubatnya, kena cekalkan hati untuk terus mengepam sambil makan ubat demam huhu

Jangan stress ye ibu. 

APA YANG SAYA PERLU BUAT BILA BENGKAK SUSU ?

  • Menyusu menyusu menyusu

Image result for breastfeed

3 kali saya ulang. Menyusu lah ubat paling mujarab.

Tapi sakit?  Menyusu juga.

Sebab kalau tak kosongkan ia akan bertambah sakit dan teruk. Jadi masa yang sakit sikit ni kena teruskan menyusu dan mengepam.

Kalau sakit sangat (ngade uolls) susu tak payah lama, tapi susu kan/pam kerap. Atau, masa nak menyusu tu bagi yang belah sakiit dulu sebab pada permulaan bayi menghisap itu adalah sedutan yang paling kuat.

Kalau bayi taknak menyusu, apa lagi, pam leeee. 

  • Mengurut

Pakar juga memang mencadangkan ibu untuk mengurut bahagian yang sakit.

Start urut dari luar hingga ke dalam

Sebelum urut boleh tarukkan kain yang direndam air suam pada payudara untuk buka saluran yang tersumbat. Supaya urutan lebih efektif dan berkesan.

  • Pelbagaikan gaya penyusuan

Image result for breast feed position

Ingat fashion show je ada gaya, menyusu pun ada. Kalau selama ni dok pangku masa menyusu, cuba menyusu baring pula. 

Tips yang berjaya :posisikan bayi anda di mana dagunya ke arah tempat yang sakit dan susukan bayi. Cara ini terbukti berjaya sebab bayi akan menghisap terus dari saluran yang tersumbat.

  • Rehat secukupnya

Rehat ni penting supaya tak stress. Bengkak susu sebab anak taknak menyusu ni lagi tambah stress.

  • Jaga makan dan banyakkan minum air

Untuk tingkatkan tahap imunisasi badan. Kalau imun lemah senang dapat mastitis nanti. Lagi susah. 

Makan lah vitamin c sebab ia memang terbukti meningkatkan ketahanan badan. 

  • Makan lecitihin

Image result for lecithin shaklee

Pakar juga menyarankan ibu untuk ambil lecithin sebagai supplemen sebab lecithin bukan senang nak cari dalan makanan.

Lecithin membantu sebab ia akan mengurangkan kadar kepekatan susu yang menyebab kan saluran lebih tersumbat dengan meningkat lemak polyunsaturated.

Lecithin akan pecahkan lemak dan minyak yang besar-besar tu yang telah menyebabkan saluran lebih tersumbat. 

Kenapa lecithin? Sebab lecithin mempunyai dua elemen, hydrophobic (menarik lemak dan minyak) dan hydrophilic (menarik air).

Tapi kalau dari awal lepas bersalin ibu dah start ambil lecithin, takde dah masalah bengkak susu ni. 

BOLEHKAH SAYA MENYUSU KALAU SAYA ADA BENGKAK SUSU ATAU MASTITIS

boleh sis. Kalau bengkak susu ubatnya menyusu.

Image result for yes gif

Kalau ada mastitis (inflamasi saluran susu) masih boleh menyusu dan susu tak dijangkiti oleh bakteria. Sebab susu ada antibakteria. Hebatkan susu ni.

Image result for milk antibacterial human

Kalau masih sakit, ibu boleh cuba ambil hot and cold compress tu dan taruk kat tempat sakit.

Walaupun menyusu tu sakit teruskan juga, dalam seminggu dua insyaAllah sakit akan berkurang dan bengkak susu dah hilangggg.

Sebab tu la yang mana nak bersalin tu atau tengah berpantang sekarang kena ambil set berpantang shaklee ni.

Dalam set ada

  1. ESP – untuk tenaga, kulit anjal, natural milk booster, susu pekat dan bernutrisi
  2. Alfalfa complex – natural milkbooster, untuk turunkan berat badan
  3. Lecithin – untuk turunkan berat badan, halang dari masalah bengkak susu
  4. Sustained release vita c plus – untuk tingkatkan imun badan, untuk merawat luka supaya cepat sembuh, untuk kulit glowingg
  5. Vita lea – mempunyai zink yang membantu merawat rahim atau luka terkoyak/czer.

Image result for set berpantang shaklee

Nampak tak. Semua masalah dalam berpantang penyelesaiaanya pada set berpantang di atas. Kalau ibu ambil, mesti berpantang jadi seronok dan tidak stress

Apa ditunggu lagi, grab sekarang di 019-2649362 (Kak G), untuk konsultasi nutrsisi pun boleh juga hubungi akak. Jangan segan-segan 

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )
0 shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *