
KENAPA BAYI SELALU TERJAGA WAKTU MALAM ?? SAYA TAHU KENAPA ! JOM BACA
Pernah tak mommies ada pengalaman bila nak pejam mata je dengar bayi nangis. Alahai anak.
Kita pun bergegas pergi tengok anak, dan setiappp malam benda ni terjadi.
Penatnyaa kalau macam ni kan.
Kadang-kadang bila pergi tengok bayi, dorang takde pape pun. Terbangun je.
Jadi kak nak tolong merungkai misteri anak selalu terjaga malam untuk mudahkan mommies. Cewahh. Gaya macam penyiasat je
#BUNYI BISING SECARA TIBA-TIBA
kemain kita tidurkan anak. Dodoi la dengan segala lagu. sekali masa keluar dari bilik anak, motosikal kat luar bunyi ya Tuhan, kuat ya amat. Terkejut anak. Nak tidurkan balik bukan senang tau.
Ada juga anak yang memang sensitif dengan bunyi. Bunyi pintu ditutup pun dia mungkin terjaga.
So mommies, kalau boleh masa tidurkan anak, pastikan tutup pintu dan tingkap rapat-rapat.
#PERUBAHAN KEPADA RUTIN BAYI
Adakah mommies baru balik dari melancong? mungkin bayi anda masih ‘jet lag’. Bukan orang dewasa je tau yang ada jet lag. bayi pun ada.
berikan anak anda beberapa hari untuk menyesuaikan kembalik rutin tidur nya kepada yang asal.
#ANAK TERBIASA TIDUR DENGAN BOTOL ATAU PUTING
kadang-kadang botol tu dah kosong pun. Tapi disebabkan anak dah terbiasa dia merasakan tidur dengan botol susu itu selamat.
#ANAK TERBIASA TIDUR DALAM BUAIAN
Ada anak suka tidur atas katil dan ada anak suka tidur atas buaian. Proses mengubah rutin anak ini mengambil masa. Anak akan terjaga waktu malam bila dia merasakan tidur tak berhayun.
#ANAK TAK MENYUSU SECUKUPNYA SEBELUM TIDUR
Ni anak bukan sahaja terjaga, ni dengan pakej menangis sekali. Adakah mommies mengalami masalah dengan susu sedikit ? bengkak susu?
Tahu tak, kalau bulan berpuasa mommies perlu tenaga berganda untuk melayan bayi. Bulan berpuasa kita perlukan tenaga nak menyusukan nak melayan bayi nak bekerja atau buat kerja rumah.
apa kata mommies baca TIPS BERTENAGA DI BULAN PUASA
itu je dari kak hari ni. harap membantu semua mommies. salam petang 🙂